Khamis, 23 Disember 2010

Membekal Perangkap Kucing Kepada MPSJ

100 Unit Perangkap Kucing yang Dibekalkan
Jabatan Haiwan MPSJ telah membuat tempahan untuk perangkap tikus, kucing dan anjing daripada beberapa kontraktor di sekitar Lembah Klang. Salah satu tempahan tersebut adalah kepada kami iaitu sebanyak 100 unit perangkap kucing.
Perangkap kucing ini telah direkabentuk sendiri untuk difabrikasi di kilang. Rekabentuk diambil dari perangkap tikus yang sudah sedia ada di dalam pasaran dengan saiznya dibesarkan sebanyak dua kali ganda.
Bahan yang lebih tebal dari perangkap tikus digunakan untuk memastikan keutuhannya dan pada masa yang sama perangkap ini dipastikan supaya tidak terlalu berat untuk diangkat.

Rabu, 22 Disember 2010

Selesai

Kerja membina laluan pejalan kaki telah berjaya diselesaikan. Terima kasih manje ucapkan pada semua yang sama-sama bekerjasama menjayakan projek ini (Pegawai Penguasa, Kakitangan syarikat, para sub-con, para pembekal dan semua2 lah). Semoga kerjasama ini dapat kita kekalkan. Seperti biasa kongsi2 gambar (Gambar kerja sebelum dan kerja selepas disiapkan). Tahniah !
Gambar - Hasil Akhir
Gambar - Penyediaan Footing

Selasa, 14 Disember 2010

Rabu, 17 November 2010

Salam Aidil Adha



Salam Aidil Adha buat semua. Sama2 lah kita menghayati erti pengorbanan dan semoga hidup kita diberkati oleh Allah s.w.t. dunia dan akhirat. Amin Ya Rabbalalamin.

Sabtu, 13 November 2010

Bending Besi untuk JKR TUDM

Besi Yang Dibengkokkan
Pertama kali saya pergi ke kilang besi untuk membuat bending besi sendiri. Sebelum ini suruh tukang besi sahaja yang buatkan. Tapi, oleh kerana kiraan untuk membengkokkan besi tersebut dibuat oleh saya sendiri, maka sayalah yang perlu pergi ke kilang besi dan menerangkan kepada operator mesin tentang spesifikasi besi yang saya kehendaki.
Operator mesin hanya memerlukan diameter atau jejari besi yang hendak dibengkokkan itu. Besi tersebut akan dibengkokkan sedikit demi sedikit sehingga mendapat kebengkokkan yang dikehendaki. Besi tersebut tidak terus dibengkokkan dengan terlalu banyak kerana tidak mahu merosakkan besi tersebut.

Rabu, 13 Oktober 2010

Pasang Jubin di Pejabat JKR TUDM Subang

Sebelum Memasang Jubin Pada Lantai
Bilik technician di JKR TUDM ini perlu dipasang jubin dan ada beberapa dinding yang perlu dipecahkan. Berguni-guni juga dinding yang dipecahkan itu. Lepas itu pergi sewa satu tong sampah untuk buang dinding-dinding yang telah dipecahkan itu. Kalau kira kos sewa lori untuk buang sampah lagi mahal dari sewa tong sampah.
Semalam siap pergi ke hardware untuk beli gam simen, simen biasa dan sika (hardware panggil susu). Beli sampai 3 tong 18 liter sika tu. Sika ini adalah lapisan kalis air yang diletakkan di atas cement screed sebelum kerja-kerja memasang jubin.

Ahad, 10 Oktober 2010

Mengorek Paip Erong untuk MBSA

Mengorek Parit Dengan Menggunakan 'Back Hoe'
Kerja menurap jalan dengan MBSA dan kali ini di pusat bandaraya Shah Alam di bahagian belakang pejabat pos. Sebelum jalan diturap, kami dikehendaki mengorek parit erong kerana dikawasan ini hujan akan bertakung di jalan raya akibat parit erong yang tidak mencukupi.
Kerja mengorek parit erong perlu dilakukan terlebih dahulu kerana kerja mengorek ini akan merosakkan bahagian tepi jalan dan kerosakan ini akan dibaiki ketika jalan ini diturap nanti.

Khamis, 7 Oktober 2010

Tahniah


Alhamdulillah kerja sirim telah 100% sempurna di jalankan, invoice pun dah hantar ... tinggal nak dapat duit nya saja ... Org sirim pun puas hati... manje pun puas hati juga ... Kesempatan ni manje nak ucap terima kasih pada semua yang membantu memberi kerjasama menyelesaikan job ini... dari kakitangan syarikat, sub con2, para2 pembekal, hardware2, pegawai2 sirim dan semua2 lah .... manje harap kerja-sama kita akan berterusan ... Terima Kasih sekali lagi ....

Seperti biasa ... kongsi2 gambar ..

.

Rabu, 29 September 2010

Selenggara Penghawa Dingin Koperasi Petaling

Membuka Penapis Habuk
Minggu lepas pejabat koperasi petaling mempunyai masalah penghawa dingin yang tersumbat yang mengakibatkan air menitik dari air-cond tersebut. Kami telah dipanggil untuk menyelesaikan masalah tersebut serta menyelenggara penghawa dingin tersebut.
Masalah ini berpunca akibat dari air-cond yang sudah lama tidak diselenggara. Penapis habuk sudah kotor sehingga habuk tersebut masuk ke dalam water outlet dan mengakibatkan paip tersebut tersumbat. Akibatnya, air yang terkondensasi akibat kesejukkan air-cond tersebut tidak dapat mengalir keluar melalui paip dan telah menitik keluar dari air-cond tersebut.
Cadangan untuk menyelenggara penghawa dingin adalah setiap 6 bulan di mana gas akan ditambah ke dalam kompressor dan penapis habuk akan dibersihkan. Penghawa dingin yang sudah lama tidak diselenggara akan tersumbat dan udara yang keluar dari penghawa dingin tersebut akan mengandungi bakteria akibat habuk-habuk yang tersumbat pada penapis habuk pada penghawa dingin tersbut.

Khamis, 23 September 2010

Roller Shutter dan Tingkap Aluminium Frame untuk SIRIM

Roller Shutter di Pintu Hadapan Logi SIRIM
Sejurus selepas cuti raya, satu pemeriksaan terhadap semua kerja-kerja kimpalan dilakukan bagi memastikan bahawa pegawai SIRIM berpuas hati dengan kerja kemasan lantai dan skirting chequered plate tersebut. Ini kerana cat finishing akan rosak sekiranya besi dikimpal setelah lapisan terakhir disapu pada permukaan chequered plate tersebut.
Roller shutter dan tingkap berbingkai aluminium baru sahaja dipasang setelah kerja-kerja kimpalan selesai. Ini bagi memastikan tiada kerosakan pada roller shutter dan tingkap yang mungkin berlaku ketika kerja kimpalan dilakukan. Semua hoarding dan staging telah dibuka dan dikumpulkan dihadapan logi untuk dibawa keluar. Kerja yang tinggal hanyalah menyiapkan lapisan cat terakhir pada seluruh permukaan besi di logi ini.

Jumaat, 10 September 2010

Selamat Hari Raya

Selamat Hari Raya Aidil Fitri dan Maaf Zahir dan Batin Pada Staff2 dan Rakan2 Semua ....

Ahad, 5 September 2010

Kerja Segera Baiki Main Pipe Klinik di USJ

Menampal Jenang Main Valve
Hari Jumaat yang lepas telah mendapat satu panggilan dari Koperasi Daerah Petaling yang mengatakan bahawa salah satu premis milik koperasi di USJ yang merupakan sebuah klinik mempunyai kebocoran di paip utamanya. Didapati bahawa jenang paip itu telah haus dan air mengalir keluar kerana mempunyai tekanan yang kuat.
Beberapa lapisan tampalan telah dibuat menggunakan beberapa jenis bahan yang berbeza untuk mengisi jenang pada permukaan paip yang telah haus itu. Pemerhatian perlu dibuat dalam masa seminggu yang akan datang untuk memastikan tampalan yang dibuat tidak bocor.

Jumaat, 3 September 2010

Lantai Chequered Plate SIRIM Dah Siap

Full Weld Lantai Chequered Plate
Kerja lantai chequered plate di SIRIM telah siap. Sekarang ini nak tukar chequered plate di bahagian tangga. Tingkap aluminium frame sudah ditempah dan dijangka siap minggu hadapan. Roller shutter pun sudah ditempah berdasarkan saiz pintu sedia ada.
Kerja-kerja kimpalan dijangka siap sebelum raya. Lepas raya ini tinggal kerja mengecat sahaja. Kerja mengecat tidak boleh dimulakan selagi kerja kimpalan belum selesai kerana kesan kimpalan akan merosakkan cat dan perlu digosok dan dicat semula.

Isnin, 23 Ogos 2010

Hari Terakhir di MPM

Mencuci Tingkap
Kerja mengecat di MPM ni dah siap. Tadi pegawai MPM dah buat inspection dan berpuas hati dengan dinding-dinding yang telah dicat.
Cuma dia meminta kami membersihkan beberapa cermin tingkap di bangunan tersebut. Sekejap ajer pun kerja tu.
Esok saya dikehendaki menghantar invois dan laporan penuh kerja bergambar. Harap-harap la payment clear sebelum raya.

Sabtu, 21 Ogos 2010

Site Measurement Sime Darby Bukit Jelutong

Hari-hari lain tak sempat nak pergi buat site measurement ni. Weekend la masanya untuk buat kerja-kerja macam ini. Hari ini pergi Sime Darby dengan Site Manager dan Chief Foreman untuk ukur walkway yang telah retak untuk dibaikpulih.
Tanah dibawah walkway ini telah mendap dan terdapat ruang kosong dibawah batu walkway ini. Akhirnya walkway ini pun meretak akibat beban dari atas tetapi tiada tanah dibawahnya untuk menampung beban tersebut.

Jumaat, 20 Ogos 2010

Cat Besi Logi SIRIM

Pemandangan Logi Dari Tingkat Bawah
Hari ini pemilik logi di SIRIM ini telah memilih warna yang akan dicat pada permukaan besi-besi di logi ini. Warna yang dipilih merupakan warna cerah yang memang jauh berbeza daripada warna asal besi-besi di logi ini. Namun begitu bukan semua besi-besi ini boleh dicat dengan finishing coat pada masa ini kerana kerja-kerja mengimpal chequered plate akan membuatkan cat yang telah disapu akan terkoyak.
Struktur platform yang diperbuat daripada i-beam ini adalah amat kuat walau pun sudah kelihatan usang. Selepas ini kerja-kerja membaiki bumbung dan memasang tingkap bingkai aluminium akan dimulakan untuk memastikan hujan tidak masuk ke dalam bangunan ini dan merosakkan besi-besi yang sudah dibaikpulih.

Khamis, 19 Ogos 2010

Inspection Site SIRIM

Dinding Belakang Yang Telah Dibuka
Pagi tadi pada jam 10.30 pagi ada lawatan tapak oleh pegawai SIRIM dari HQ untuk memeriksa perkembangan projek baikpulih logi di SIRIM ini. Beliau berpuashati dengan keadaan tapak serta perkembangan kerja berdasarkan Work Programme terkini yang dibentangkan kepada beliau.
Dinding metal cladding dan juga brickwall telah dibuka dan dipecahkan. Apabila siap nanti logi ini akan bersambung dengan bangunan dibelakangnya. Perbincangan juga diadakan di tapak tentang perincian kerja tentang bagaimana sambungan bangunan di antara dua bangunan ini. Ini kerana terdapat beberapa isu berbangkit yang hanya disedari setelah brickwall bangunan bersebelahan dengan logi ini dipecahkan.

Rabu, 18 Ogos 2010

Bilik Kakitangan di LRT Pudu

Bahagian Bawah Stesen LRT Pudu
Kerja-kerja pembinaan common office di stesen LRT Pudu yang sebelum ini diberhentikan buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada kontraktor M&E untuk membuat kerja-kerja elektrikal dan air-cond telah bersambung semula.
Kerja di sini sudah sampai di peringkat hujung di mana kerja-kerja kemasan akan dimulakan. Kerja finishing yang akan dibuat adalah kerja-kerja mengecat, memasang siling gantung, toilet fittings dan memasang jubin lantai.

Selasa, 17 Ogos 2010

Kawasan Terakhir Untuk Dicat

Kawasan Terakhir Yang Belum Dicat
Semua kawasan di bangunan MPM ini sudah siap dicat kecuali satu kawasan ni. Bahagian dalam bangunan, pagar, pondok pengawal semuanya sudah siap dicat. Kawasan terakhir ini dibiarkan terlebih dahulu kerana kesukaran untuk mengecat di bahagian ini.
Dinding di belakang bangunan MPM ini jaraknya tidak sampai 6m dari tebing bukit dibelakangnya. Bahagian bawah bangunan ini merupakan bumbung untuk tempat letak kereta di basement bangunan ini. Oleh itu skylift tidak muat untuk memasuki kawasan ini. Bumbung dibahagian atasnya pula tidak mempunyai concrete slab untuk digantungkan gondola.
Satu-satunya cara untuk mengecat bahagian dinding ini adalah dengan menggunakan fixed scaffolding. Scaffolding yang dipasangkan adalah setinggi 5 tingkat dan ia perlu ditanggalkan setiap kali sudah selesai mengecat dan ingin mengecat bahagian tepi dinding yang sudah dicat. Oleh itu, hanya seorang sahaja yang akan berada di atas scaffolding dan satu tiang penyokong yang panjang diikat dari tingkat 3 hingga ke bawah dan dipegang oleh seorang pekerja yang lain untuk memastikan keseimbangan scaffolding itu.
Untuk tujuan keselamatan, hanya satu sahaja scaffolding yang dipasang dan hanya dua pekerja sahaja yang bekerja dikawasan ini. Masa yang agak panjang diperlukan untuk mengecat bahagian ini sahaja. Setelah kawasan ini dicat, maka bangunan ini telah siap dicat sepenuhnya dan inspection akan dibuat oleh pegawai MPM dan pegawai dari ICI Paint.

Isnin, 16 Ogos 2010

Lantai Yang Berlubang

Lantai Chequered Plate Yang Sudah Dibuka
Hampir ke semua chequered plate di tingkat teratas logi ini telah ditanggalkan. Pada masa yang sama team mengecat akan mengecat i-beam yang telah terdedah dengat cat anti-rust.
Pada masa yang sama beam yang menyokong chequered plate ini akan diperiksa untuk memastikan ia masih lagi kuat untuk menampung chequered plate yang baru yang lebih tebal dan berat dari chequered plate sedia ada.
Beberapa hollow beam di bahagian tangga yang sudah berkarat dan berlubang akan digantikan dengan hollow beam yang baru. Lubang-lubang yang kecil pula akan ditampal dengan kimpalan.

Sabtu, 14 Ogos 2010

Kren SIRIM in Action

Mengikat Chequered Plate Kepada Kren
Hari ini pergi ke kilang besi untuk membuat pesanan c-channel untuk dijadikan purlin bumbung bahagian tambahan di belakang logi ini. Terdapat banyak jenis purlin ini sebenarnya, ada yang diperbuat daripada galvanized steel, mild steel dan juga light weight steel. Purlin ini mempunyai beberapa bentuk, yang biasa digunakan adalah M S channel yang berbentuk U. Di SIRIM, purlin yang hendak digunakan adalah lip channel yang berbentuk C dari bahan jenis mild steel. Selain itu terdapat juga purlin yang berbentuk I yang merupakan jenis yang paling kukuh diantara semua bentuk tersebut tetapi harganya adalah yang paling mahal.
Setelah tempahan dibuat, tinjauan dibuat ke logi SIRIM untuk memantau kerja-kerja membuka dan mengangkat chequered plate yang sudah ditanggalkan dari besi sokongan dengan menggunakan gas. Kelihatan kren yang telah dipasang sangat berguna dalam proses menanggalkan chequered plate dari besi sokongan dibawahnya. Kerja-kerja mengangkat dan memindahkan chequered plate ini dilakukan sepenuhnya oleh kren dengan menggunakan tenaga manusia yang minima.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Touch-Up Cat MPM

Mengecat Bahagian Dalam Bangunan MPM
Kena beli cat sedikit dari hardware kerana tersalah budget cat yang hendak digunakan untuk touch-up cat bahagian dalam bangunan MPM. Mula-mula ingat kalau buat 2 finishing coat sahaja sudah memadai tetapi ada beberapa dinding yang menghasilkan corak yang membuatkan warna cat nampak tidak sekata.
Ini disebabkan oleh ada beberapa bahagian dinding di bangunan MPM ini yang warna dinding lamanya lebih kuat daripada warna yang baru dan warna itu dapat meresap melalui warna cat yang baru ini. Ada juga dinding-dinding yang mempunyai corak bekas air yang menjadikan cat berasaskan air ini bercorak.
Untuk mengatasi masalah ini, satu lapisan cat berasaskan minyak akan disapu diikuti dengan 1 lapisan sealer serta 2 lapisan cat finishing berasaskan air untuk menghasilkan tona warna dinding yang sekata. Cat yang sediada yang telah disapu perlu dikikis kerana jika tidak dikikis, lama kelamaan cat itu akan merekah dan tertanggal dengan sendirinya. Proses ini adalah sangat penting untuk memastikan cat akan melekat kepada dinding dan tidak akan tertanggal pada kemudian hari.

Khamis, 12 Ogos 2010

Menggantikan Chequered Plate SIRIM

Memotong Chequered Plate Dengan Menggunakan Gas
Sekarang ini di SIRIM kerja-kerja menukar chequered plate sedang dilakukan. Kalau nak cepat, buka semua chequered plate sediada dan kemudian baru welding semula chequered plate yang baru. Tetapi atas sebab keselamatan, SIRIM tidak membenarkan kaedah tersebut digunakan sebaliknya kami dikehendaki menukar chequered plate sedikit demi sedikit.
Kerja-kerja menukar chequered plate dimulakan dari tingkat atas sekali kerana di tingkat bawah, kerja-kerja mengecat sedang dilakukan. Ramai pekerja bertumpu ditingkat bawah jadi dengan melakukan kerja di atas, risiko terhadap keselamatan pekerja dapat dikurangkan.

Rabu, 11 Ogos 2010

Selamat Berpuasa


Salam Ramadhan pada semua ... Sama2 lah kita menjalankan ibadah rukun yang ke 3 ini. Semoga kita sama2 mendapat rahmat dari Allah s.a.w

Selasa, 10 Ogos 2010

Kren di Logi SIRIM

Kren Yang Baru Dipasang
Kren di logi SIRIM yang tidak diketahui boleh berfungsi lagi atau pun tidak telah digantikan dengan kren sendiri. Ia telah diuji dan berfungsi dengan baik dengan mengangkat beberapa barang yang hendak dilupuskan turun dari tingkat teratas ke tingkat bawah.
Proses untuk menanggalkan dan memasang kren tersebut memakan masa yang agak lama kerana kedudukannya yang berada tinggi di atas bumbung memerlukan pemasangan scaffolding untuk sampai kepada kren tersebut. Namun masa yang akan dapat dijimatkan dengan penggunaan kren tersebut adalah sangat banyak.
Tingkap nako yang dipasang di logi ini telah dibuka untuk digantikan dengan tingkap bingkai aluminium. Esok pekerja-pekerja diberi cuti kerana menyambut keberkatan hari pertama di bulan Ramadhan. Selamat berpuasa!

Isnin, 9 Ogos 2010

Cat Bangunan Luar MPM Dah Siap

Mengecat Bahagian Luar Menggunakan Scaffolding
Critical phase untuk kerja mengecat di bangunan MPM sudah selesai. Sekarang hanya nak habiskan kerja cat di bahagian dalam bangunan sahaja. Jadi sudah tidak perlu risau pasal sewa skylift dan hujan yang turun.
Bahagian dalam bangunan sudah hampir siap dicat dengan lapisan undercoat kerana apabila hujan, pekerja-pekerja dipindahkan ke bahagian dalam bangunan untuk memastikan perjalanan kerja tidak terganggu.
Pada hari pertama puasa, kesemua pekerja akan diberi cuti agar dapat membiasakan diri dengan berpuasa. Pada hari seterusnya beban kerja tidaklah terlalu berat kerana pekerja hanya perlu bekerja di bahagian dalam bangunan yang berhawa dingin sahaja.

Sabtu, 7 Ogos 2010

Sehari di Kilang Besi

Besi-besi di Kilang Besi
Pagi-pagi tadi kena bangun pegi tengok kerja di SIRIM. Nak carik orang yang boleh alihkan kren dalam logi itu sebab dah beli kren sendiri untuk angkat besi-besi dan chequered plate yang berat-berat. Sekali tengok semua pegawai SIRIM cuti hari ini. Terpaksalah ditunda kerja tersebut pada hari isnin ini.
Selepas itu pergi ke kilang besi untuk finalize material besi yang akan dipakai seperti hollow beam dan c-channel. Chequered plate yang perlu dipotong adalah untuk bahagian tangga. Di fabricator ini ada banyak besi-besi yang perlu diproses, kena queue kalau hendak menggunakan mesin-mesin di sini.

Jumaat, 6 Ogos 2010

Cat Anti-Rust untuk Logi SIRIM

Mengecat Cat Undercoat Anti-Rust
Kerja-kerja grinding sudah hampir selesai dan untuk memastikan besi-besi ini tidak akan kembali berkarat, cat anti-rust disalut kepada permukaan besi tersebut. Kerja-kerja mengecat undercoat ini dijangka akan siap pada hari esok. Namun cat finishing coat tidak akan disapu serta merta kerana chequered plate yang baru masih lagi belum dipasang. Ini kerana kerja-kerja memasang chequered plate akan melibatkan kerja welding dan akan merosakkan cat finishing sekiranya sudah disapu.
Chequered plate yang sudah dibeli bagi menggantikan chequered plate yang sedia ada dibawa kepada fabricator untuk dipotong dan dibengkokkan. Ini adalah untuk menjimatkan masa kerana sekiranya besi dipotong di site, masa yang lebih banyak diperlukan kerana mesin pemotong besi di site adalah lebih kecil dengan perkakasan lain yang serba kekurangan. Di tempat kilang fabricator, mesin-mesin besar serta peralatan yang mencukupi akan memastikan kerja-kerja memotong dan membengkokan besi akan berjalan lancar.

Khamis, 5 Ogos 2010

Stok Cat Yang Terakhir Untuk MPM

Mengecat di Sekeliling Logo Bangunan MPM
Hari ini merupakan hari terakhir order stok cat untuk kerja di MPM kerana cat sudah mencukupi. Kerja menampal lubang dengan sealer pun sudah selesai. Tinggal mengecat finishing coat sahaja.
Nasib baik betul kerana cuaca sangat baik dan tidak mengganggu progress kerja mengecat di sini. Stok cat yang terakhir akan sampai hari Isnin ini. Berdasarkan kemajuan kerja sehingga ke hari ini, kebarangkalian besar kerja ini akan selesai pada pertengahan bulan ini. Yay!

Rabu, 4 Ogos 2010

Testimonial Dalam The Star

Masa tengah surf internet tiba-tiba rasa jari ini gatal nak search 'Said Hj Rejab Sdn Bhd' dekat website Yahoo. Sekali tengok result yang atas sekali adalah laman web The Star Online cerita pasal kerja di Jalan SS 24/17, Taman Megah. Dekat pejabat ada simpan lagi keratan akhbar cerita pasal kerja ini. Kalau nak tahu, Pn Mas aka Managing Director yang dua dari kiri pakai baju oren. Haha!
Di Taman Megah tersebut, Mastika Enterprise Sdn Bhd membuat kerja menaiktaraf taman rekreasi untuk Majlis Perbandaran Petaling Jaya (sekarang sudah menjadi MBPJ). Kerja tersebut bermula pada 29 Mei, 2007 dan siap pada 12 Julai, 2007. Klik sini untuk melawat laman web The Star Online dan membaca artikel tentang kerja tersebut. Gambar diambil dari website The Star Online.

Selasa, 3 Ogos 2010

Reka dan Bina Bumbung Tempat Letak Kereta

Bumbung Carpark di MARDI Yang Telah Disiapkan
Kebelakangan ini banyak tempat nak buat bumbung untuk tempat letak kereta. Tempat letak keretanya memang dah ada cuma nak tambah bumbung sahaja. Jadi sebelum ini kami hanya submit quotation macam itu sahaja tanpa sebarang lukisan cadangan. Biasanya pihak klien sudah mempunyai lukisan cadangan sendiri.
Sekarang ini kena buat proposed design untuk buat bumbung carpark. Ada beberapa klien yang meminta lukisan ini tapi rasanya pada masa akan datang lukisan ini akan digunasemula untuk tender-tender pada masa yang akan datang.
Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum design bumbung carpark dibuat:

  1. Budget - Kalau budget yang ada itu sedikit, simple la rupa bumbungnya.
  2. Saiz - Kalau untuk nak letak bas, bukaan dia akan menjadi besar jadi besi yang digunakan akan lebih besar kerana tiangnya yang tinggi. Jadi lebih baik pakai i-beam dari pakai hollow mild steel untuk menjimatkan ruang dan kekuatan yang lebih tinggi.
  3. Kawasan - Kalau tempat tersebut merupakan kawasan lapang yang mempunyai tiupan angin yang kuat, footing perlu lebih besar bagi memastikan bumbung tersebut tidak roboh. Darjah kecondongan bumbung juga tidak boleh terlalu besar supaya tidak merintang angin.
  4. Jenis parking lot - Tiang penyokong perlu berada hampir di tengah-tengah untuk memastikan bumbung berada dalam keadaan seimbang. Kalau parking lot itu satu baris sahaja, tiang yang menyokong akan berada betul-betul disebelah pintu kereta dan biasanya akan mengganggu pengguna yang ingin membuka pintu kereta mereka. Berdasarkan pengalaman kami membuat garaj kereta di MARDI, jarak diantara tiang ke tiang perlu ditambah untuk memastikan tiang tidak mengganggu pengguna membuka pintu kereta mereka. Jenis parking lot berdepan seperti di Giant, tiang support akan berada diantara dua parking lot dan tidak mengganggu pengguna untuk membuka pintu kereta mereka. Kalau parking lot berada di hadapan bangunan, cukup sekadar membuat awning dari bangunan tersebut sehingga menutup tempat letak kereta tersebut.
  5. Kosmetik - Kalau nak cantik-cantik, lagi banyak la besi yang akan digunakan. Kadangkala besi tambahan ini langsung tidak menyumbang untuk memberi kekuatan kepada struktur tersebut malahan membuatkan beban menjadi semakin berat untuk ditampung oleh tiang. Untuk besi yang dilentur (bended), kosnya akan menjadi lebih mahal dari besi yang lurus. Tidak semua tukang besi mempunyai peralatan untuk membengkokan besi.

Isnin, 2 Ogos 2010

Pengesahan Sample Besi oleh SIRIM

Lantai Chequered Plate Yang Sudah Berkarat Dan Rapuh
Sample besi dah approved. Boleh proceed beli dari kilang besi dan fabricate. Chequered plate kena beli yang kecil supaya boleh angkat naik ke atas. Harga dia sama tapi banyak la benda yang nak kena welding.
Design awning pon dah approve tapi SIRIM minta shop drawing yang dilukis pakai Microsoft Visio. Work Programme kena revise balik sebab kena consider bulan puasa dan hari raya yang bakal menjelang. Dah nak puasa dah rupanya. Laju betul masa berjalan.

Sabtu, 31 Julai 2010

Grinding Karat Besi di Logi SIRIM

Grind Permukaan Besi
Logi ini sebenarnya elok lagi tapi sebab besi-besi dia dah berkarat, nampak bangunan ini macam dah usang. Jadi, kena grind balik karat-karat tersebut, cat balik besi-besi itu dengan enamel coating punya finishing paint untuk memastikan permukaan besi tersebut tidak terdedah dengan air yang akan membuatkan besi tersebut kembali berkarat.
Dah dapatkan sample chequered plate dari supplier untuk diberi kepada pegawai SIRIM untuk diluluskan penggunaannya. Lepas ini kena fikir macam mana nak angkat chequered plate itu sebab sekeping saiz 10' x 5' dengan tebal 3mm, berat dia lebih dari 100kg. Kalau yang tebal 6mm pula berat dia lebih dari 200kg. Aduh berat gila! Akses untuk ke tingkat atas cuma ada tangga yang agak sempit. Nak buat macam mana eh?

Jumaat, 30 Julai 2010

As Build Drawing pt 2

Mengambil Ukuran Tempat Wudhu'
Semalam sibuk sangat dan penat sangat sampai tak sempat nak beri tahu pasal kerja mengukur surau LCCT untuk buat as built drawing. Seperti yang dirancang, Site Manager datang menghulurkan bantuan untuk ukur site. (Thank you very much!) Terasa perbezaan yang ketara apabila tambah seorang lagi untuk ukur site. Memang jadi sangat cepat dan efisyen.
Hari itu ukur perimeter dan pelan lantai sahaja. Kali ini ukur ketinggian, kedalaman sum, perincian lantai, paip, stiffner, sewerage dan segala benda-benda kecil yang boleh diukur. Pendek kata habis semua benda la di surau itu diukur.
So lepas ini arkitek akan balik dan lukis as built drawing untuk surau ini. Kalau tak silap ada 21 lukisan kesemuanya tak termasuk lukisan M&E. Lukisan ini apabila dah siap akan diberi kepada jurutera profesional untuk dicop dan disahkan sebagai selamat untuk digunakan. Selepas itu lukisan yang telah disahkan akan diberi kepada pihak klien (Malaysia Airports Holdings Berhad) dan juga kepada pihak berkuasa tempatan untuk proses mendapatkan CF. Siap satu surau di LCCT!

Khamis, 29 Julai 2010

PPNS

Pejabat Pembangunan Persekutuan Negeri Selangor,
Unit Penyelarasan dan Perlaksanaan,
Jabatan Perdana Menteri,
Aras 1, Bangunan Pilecon Engineering Berhad,
No. 2, Jalan U1/26, Seksyen U1,
Hicom-Glenmarie Industrial Park,
40150 Shah Alam,
Selangor Darul Ehsan.
Tel : 7884 9299
Fax : 7880 7964
U/P : Pengarah (Tuan Hj Abdul Ghani bin Salleh)


Rabu, 28 Julai 2010

Membaikpulih Logi Pandu Kalsium Silikat SIRIM

Logi Pandu Kalsium Silikat SIRIM
Dapat kerja baru untuk membaikpulih logi di SIRIM seksyen 15. Kerja utama dia nak tukar chequered plate yang dah berkarat dekat logi itu. Chequered plate ini adalah lantai besi yang biasa dilihat di jambatan yang diperbuat daripada besi. Mempunyai corak dan bersaiz 8' x 4'. Esok petang akan pergi ke site dengan pegawai SIRIM untuk mark chequered plate yang perlu ditukar.
Lepas itu ada lagi kerja untuk buat awning, menggantikan tingkap logi tersebut dan membekalkan pintu roller shutter. Kena sediakan design untuk awning tersebut terlebih dahulu untuk ditunjukkan kepada pegawai SIRIM.
Tinggi logi tersebut adalah 4 tingkat. Semasa site visit dahulu chequered plate yang berada di atas itu elok lagi. Bahagian bawah yang dah teruk sangat dah. Nak naik pun takut sebab takut roboh. Nak kena tukar chequered plate itu dahulu sebelum membuat kerja lain supaya tidak membahayakan keselamatan pekerja.

Selasa, 27 Julai 2010

As Built Drawing Surau LCCT

Mengambil Ukuran Perimeter
Lawak betul la. Selama ini asyik suruh consultant sahaja selesaikan pasal drawing ini. Tak pernah ambil tahu pun. Kali ini 1st time ambil tahu apa benda yang perlu dibuat.
Berdua sahaja dengan Na'iem aka assistant architect ukur semua benda. Ambil perimeter dengan floor plan punya ukuran. Nanti dah lukis layout hari Khamis kena datang balik untuk buat details measurement.
Tapi 2 orang tak cukup la nak ukur dan sketch drawing. Perlukan lagi seorang tolong. Kena import Site Manager tolong khamis ni. Kesian, tak pasal-pasal kena tolong. Padahal dia tengah cuti baru dapat anak sulong. Haha!

Isnin, 26 Julai 2010

Sebutharga : Eperolehan : Pembersihan

Eperolehan Kerja pembersihan

Sebutharga : PPUM : IT

S/1053/7/2010 (13) Sebut Harga Bagi Perkhidmatan Pembaharuan Lesen Dan Menyelenggara Sistem Proxy Untuk Pusat Perubatan Universiti Malaya BUMIPUTERA/
210101, 210102, 210103, 210104, 210105 dan 210106 RM20.00


SYARAT-SYARAT YANG PERLU DIPATUHI:
  1. Dokumen sebut harga akan dijual mulai hari Rabu, 21 Julai 2010 dari jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang di PTj Sumber Bahan dengan harga seperti dinyatakan dalam bentuk Wang Pos/Kiriman Wang/Bank Draf atas nama Pengarah, Pusat Perubatan Universiti Malaya yang tidak akan dikembalikan.
  2. Petender diwajibkan mengemukakan Sijil Pendaftaran Yang Asal yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan semasa membeli dokumen sebut harga.
  3. Dokumen sebut harga yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam Peti Sebut Harga sebelum atau pada hari Selasa, 03 Ogos 2010. Dokumen yang lewat diterima tidak akan dipertimbangkan.

Sebutharga : Sime Darby : Kelas F

Tarikh Lawatan Tapak : 29 Julai 2010 (Khamis)

Masa : 10.30 pagi

Propose to install additional new signboard at Taman Subang Ria, Subang Jaya, Selangor

Nota : Jemputan Khas

Open Tender : Ciast : Kelas E

Tarikh Lawatan Tapak : 29 Julai 2010 (Khamis)

1) Sebutharga Bagi Kerja2 Mnaiktaraf Bilik Pejabat Dan Bilik Kuliah Bagi Program SPD

Waktu : 9.30 pagi
Kelas/Sub Kepala : E 1/1

2) sebutharga Bagi Kerja2 Mnaiktaraf Lantai Simen Sediada

Waktu : 3 ptg
Kelas/Sub Kepala : E 1/1

Sebutharga : Ciast : Kelas F

Lawatan Tapak : 28 Julai 2010 (Rabu)

1) Sebutharga Bagi Kerja2 Mnaiktaraf Lantai Bengkel Teknologi Telekomnikasi serta Tandas Aras Satu Bangunan NITP

Waktu : 9.30 pg

2) Sebutharga Bagi Kerja2 Mnaiktaraf Bilik Bijaksana Di Bangunan AVA Di Pusat Latihan Pengajar Dan Kemahiran Lanjutan (CIAST) Shah Alam

Waktu : 3 ptg

Open Tender : Ciast : Kerja IT

Tajuk : Sebutharga Bagi Mbekal, Mhantar, mmasang, mgujiterima dan mtauliah peralatan LCD Projector Di Pusat Latihan Pgajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST), Shah Alam, Selangor

Tarikh Tawaran : 22 Julai 2010

Tarikh Tutup : 2 Ogos 2010

Kod Bidang : Kementerian Kewangan : 210103@210105

Sabtu, 24 Julai 2010

Turap Jalan 27/90

Meratakan Permukaan Premix
Sebelum ini jalan-jalan di kawasan Shah Alam ini teruk sangat. Berlubang di sana sini. Kalau tengok sekarang ini, banyak tempat di Shah Alam sudah mula berturap jalannya. Tempat-tempat yang saya sendiri lalu pun rasa jalan itu tak best kini sudah diturap. Hari ini bertambah satu lagi jalan dekat area Shah Alam ini yang sudah pun berturap. Dekat area Taman Bunga Negara, di Jalan Pendamar 27/90 depan kilang bakeri Bakels.
Jalan dia tak teruk sangat, oleh itu MBSA tak minta untuk buat mill & pave. Hanya cakar jalan pakai back hoe, kemudian turap sahaja terus atas layer jalan yang lama. Cuaca pun baik hari ini, tak hujan. Kalau hujan memang tak boleh turap jalan tersebut. Premix kena berada dalam keadaan suhu yang panas untuk berada dalam keadaan peroi. Kalau sejuk dia akan mengeras dan berketul-ketul. Kalau jalan diturap sewaktu hujan nanti jalan ini akan jadi tak smooth. Kerja bermula pukul 9 pagi dan siap pada pukul 2.30 petang. Sekejap sahaja kan? Sebab tempat yang nak diturapnya itu tak ada la banyak mana.

Jumaat, 23 Julai 2010

Premix Jalan MBSA

Marking Jalan Yang Akan Diturap
Dah tempah premix dari YTL Quarry. Esok pagi mereka akan hantar premix. Mula-mula rancangnya nak turap jalan malam ini tapi quarry kata premix ready petang dan hantar malam. Takut apabila premix sampai nanti suhu dia tak cukup panas. Nanti jalan yang diturap tak cukup smooth. Kalau kena reject nanti rugi pula sebab kena sewa case machine, paver dan beli premix semula. Sakit beb! So oleh sebab nak selamat, suruh kuari sediakan pagi esok dan terus hantar premix tersebut.
Related Posts with Thumbnails