Memaparkan catatan dengan label Kerja Mengecat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja Mengecat. Papar semua catatan

Isnin, 23 Ogos 2010

Hari Terakhir di MPM

Mencuci Tingkap
Kerja mengecat di MPM ni dah siap. Tadi pegawai MPM dah buat inspection dan berpuas hati dengan dinding-dinding yang telah dicat.
Cuma dia meminta kami membersihkan beberapa cermin tingkap di bangunan tersebut. Sekejap ajer pun kerja tu.
Esok saya dikehendaki menghantar invois dan laporan penuh kerja bergambar. Harap-harap la payment clear sebelum raya.

Selasa, 17 Ogos 2010

Kawasan Terakhir Untuk Dicat

Kawasan Terakhir Yang Belum Dicat
Semua kawasan di bangunan MPM ini sudah siap dicat kecuali satu kawasan ni. Bahagian dalam bangunan, pagar, pondok pengawal semuanya sudah siap dicat. Kawasan terakhir ini dibiarkan terlebih dahulu kerana kesukaran untuk mengecat di bahagian ini.
Dinding di belakang bangunan MPM ini jaraknya tidak sampai 6m dari tebing bukit dibelakangnya. Bahagian bawah bangunan ini merupakan bumbung untuk tempat letak kereta di basement bangunan ini. Oleh itu skylift tidak muat untuk memasuki kawasan ini. Bumbung dibahagian atasnya pula tidak mempunyai concrete slab untuk digantungkan gondola.
Satu-satunya cara untuk mengecat bahagian dinding ini adalah dengan menggunakan fixed scaffolding. Scaffolding yang dipasangkan adalah setinggi 5 tingkat dan ia perlu ditanggalkan setiap kali sudah selesai mengecat dan ingin mengecat bahagian tepi dinding yang sudah dicat. Oleh itu, hanya seorang sahaja yang akan berada di atas scaffolding dan satu tiang penyokong yang panjang diikat dari tingkat 3 hingga ke bawah dan dipegang oleh seorang pekerja yang lain untuk memastikan keseimbangan scaffolding itu.
Untuk tujuan keselamatan, hanya satu sahaja scaffolding yang dipasang dan hanya dua pekerja sahaja yang bekerja dikawasan ini. Masa yang agak panjang diperlukan untuk mengecat bahagian ini sahaja. Setelah kawasan ini dicat, maka bangunan ini telah siap dicat sepenuhnya dan inspection akan dibuat oleh pegawai MPM dan pegawai dari ICI Paint.

Jumaat, 13 Ogos 2010

Touch-Up Cat MPM

Mengecat Bahagian Dalam Bangunan MPM
Kena beli cat sedikit dari hardware kerana tersalah budget cat yang hendak digunakan untuk touch-up cat bahagian dalam bangunan MPM. Mula-mula ingat kalau buat 2 finishing coat sahaja sudah memadai tetapi ada beberapa dinding yang menghasilkan corak yang membuatkan warna cat nampak tidak sekata.
Ini disebabkan oleh ada beberapa bahagian dinding di bangunan MPM ini yang warna dinding lamanya lebih kuat daripada warna yang baru dan warna itu dapat meresap melalui warna cat yang baru ini. Ada juga dinding-dinding yang mempunyai corak bekas air yang menjadikan cat berasaskan air ini bercorak.
Untuk mengatasi masalah ini, satu lapisan cat berasaskan minyak akan disapu diikuti dengan 1 lapisan sealer serta 2 lapisan cat finishing berasaskan air untuk menghasilkan tona warna dinding yang sekata. Cat yang sediada yang telah disapu perlu dikikis kerana jika tidak dikikis, lama kelamaan cat itu akan merekah dan tertanggal dengan sendirinya. Proses ini adalah sangat penting untuk memastikan cat akan melekat kepada dinding dan tidak akan tertanggal pada kemudian hari.

Isnin, 9 Ogos 2010

Cat Bangunan Luar MPM Dah Siap

Mengecat Bahagian Luar Menggunakan Scaffolding
Critical phase untuk kerja mengecat di bangunan MPM sudah selesai. Sekarang hanya nak habiskan kerja cat di bahagian dalam bangunan sahaja. Jadi sudah tidak perlu risau pasal sewa skylift dan hujan yang turun.
Bahagian dalam bangunan sudah hampir siap dicat dengan lapisan undercoat kerana apabila hujan, pekerja-pekerja dipindahkan ke bahagian dalam bangunan untuk memastikan perjalanan kerja tidak terganggu.
Pada hari pertama puasa, kesemua pekerja akan diberi cuti agar dapat membiasakan diri dengan berpuasa. Pada hari seterusnya beban kerja tidaklah terlalu berat kerana pekerja hanya perlu bekerja di bahagian dalam bangunan yang berhawa dingin sahaja.

Khamis, 5 Ogos 2010

Stok Cat Yang Terakhir Untuk MPM

Mengecat di Sekeliling Logo Bangunan MPM
Hari ini merupakan hari terakhir order stok cat untuk kerja di MPM kerana cat sudah mencukupi. Kerja menampal lubang dengan sealer pun sudah selesai. Tinggal mengecat finishing coat sahaja.
Nasib baik betul kerana cuaca sangat baik dan tidak mengganggu progress kerja mengecat di sini. Stok cat yang terakhir akan sampai hari Isnin ini. Berdasarkan kemajuan kerja sehingga ke hari ini, kebarangkalian besar kerja ini akan selesai pada pertengahan bulan ini. Yay!

Khamis, 22 Julai 2010

Warranty Cat ICI

Cat Sealer Weathershield 20L Yang Digunakan
Hari ini jumpa Pn Nik Rahani, sales representative untuk ICI. Sebab Majlis Peperiksaan Malaysia request warranty direct dari ICI. Kalau beli cat dari hardware, akan dapat warranty dari hardware sahaja. Jadi, beli direct dari kilang la. Tapi kilang ICI dekat Seremban, jauh gila! Nasib baik Pn Nik Rahani punya branch berada di Puchong sahaja.
Selesai membuat bayaran untuk cat yang akan dihantar isnin ni. Beli 15 tong cat Weathershield yang 20L, 10 tong cat Pantherlite yang 20L dan 10 tong Sealer Undercoat yang 20L. Beza harga beli direct compare dengan hardware RM5-RM15 setong. Jadi, kalau beli beratus tong memang terasa la beza dia. Plus free transportation ke site.

Rabu, 21 Julai 2010

Cat Dah Sampai

Waterjet Dengan Menggunakan Skylif
Yay! Cat finishing dah sampai. Berpuluh tong cat 20L sampai pada hari ini. Haha! Lepas itu hari ini hari last buat kerja tembak air pakai waterjet. Pakai skylift yang mahal sebab nak tembak air di bahagian atas. Tinggi la juga. Duduk di atas tu mesti gayat gila.
Dapat sewa rumah di Batu Cave untuk pekerja-pekerja duduk. So tak ada la pekerja kena ulang-alik jauh-jauh. Naik motor sahaja dari umah datang MPM.
Jadi, pekerja datang awal, kerja boleh mula awal, lagi banyak kerja boleh dibuat. Besar juga rumah itu, kalo dikira dengan ruang tamu, boleh isi sampai 15 orang duduk di dalam itu. Tapi isi 8 orang sahaja, selesa la duduk. Kalau macam ini boleh la kerja ini siap on time.

Isnin, 19 Julai 2010

Cat Bangunan MPM Hari Pertama

Waterjet Menggunakan Scaffolding
Hari pertama kerja mengecat ini tak mungkin la terus cat kan? Mesti la buat persiapan sebelum memulakan kerja dahulu. Bawa peralatan kerja, pasang scaffolding, waterjet dulu dinding yang dah berkulat tu. Lepas itu letak sealer untuk menutup lubang-lubang yang berada pada dinding. Itu sahaja la kerja yang dapat dibuat pada hari pertama ini.
Rancangnya esok lusa nak teruskan kerja-kerja waterjet dan bubuh sealer. Nak tambah orang lagi supaya lagi ramai, cepat sikit kerja ini berjalan. 8 orang cukup la agaknya. Ramai-ramai nanti tak jadi kerja pula.
Yang paling penting sekali dalam gambar ini si Sofee aka Site Manager dapat menunjukkan konon-kononnya dia rajin membuat kerja. Entah apa yang dia pegang itu pun tak tahu. Mesti dia tak tau pakai tu. Haha!
Besar juga bangunan ni. Tinggi 5 tingkat, nak cat luar dan dalam semua. Kena siap sebelum 31 August 2010. Agak-agak sempat siap tak? Kalau tak sempat siap nak kena tambah orang lagi.
Related Posts with Thumbnails