Pembinaan
SHR terlibat dalam pelbagai bidang pembinaan, dari kerja-kerja infrastuktur hingga ke kerja-kerja bangunan dan struktur sivil. Untuk kerja-kerja besi, SHR pernah membina sebuah surau di LCCT, KLIA Sepang dan juga sebuah gelanggang futsal berbumbung di UTM Kuala Lumpur yang merupakan struktur berasaskan besi.
Baikpulih dan Ubahsuai
Kebanyakan perkhidmatan yang dibuat oleh SHR adalah kerja-kerja mengubahsuai bangunan sedia ada. Terdapat juga kerja-kerja kalis air, mengecat dan membuat pengujilarian (testing and commissioning) bagi sistem perpaipan dan pembentungan. SHR mendapat cat terus dari pengilang bagi cat jenama ICI dan Jotun.
Perpaipan dan Kalis Air
Terdapat banyak kerja membaiki paip yang bocor atau tersumbat, membuat sistem perpaipan semula dan kerja kalis air yang dilakukan oleh SHR. SHR juga boleh membekal dan memasang tangki, polypipe, gutter dan peralatan-peralatan paip yang lain pada skala kecil dan juga skala besar. Mempunyai pengalaman melakukan projek retrikulasi perpaipan dan kumbahan bersama Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor.
Lanskap
SHR mempunyai kepakaran yang tinggi dalam membekalkan lanskap kejur (hardscape) dan lanskap lembut (softscape) serta kerja-kerja memelihara dan menjaga pokok-pokok yang telah ditanam. SHR juga berpengalaman membuat projek membina taman awam dan taman permainan kanak-kanak.
Penurapan Jalan
SHR mendapat premix terus dari kuari bagi membuat kerja-kerja menurap jalan di Selangor untuk MBSA, PKNS dan UPM. Kerja-kerja ini adalah kerja mill & pave dan juga kerja-kerja menurap lapisan tambahan dijalan sedia ada.
Pembersihan
Cuci-cuci Services lakonan Afdlin Shauki, Hans Isaac, Awie dan AC Mizal hanya dapat dilihat dikaca televisyen. Kami melakukannya di dunia sebenar!
Pendawaian Elektrik
Kami juga membuat pendawaian satu fasa dan tiga fasa untuk rumah dan pejabat. Kerja-kerja ini termasuk dengan membekal dan memasang lampu, kipas serta penghawa dingin.

Teknologi Maklumat & Telekomunikasi
Perkhidmatan yang terbaru yang disediakan adalah kerja-kerja IT seperti membuat CAT5, CAT6 & fiber optic based network, membuat konfigurasi switch dan router serta membekal dan memasang peralatan audio visual.