Bumbung Carpark di MARDI Yang Telah Disiapkan |
Kebelakangan ini banyak tempat nak buat bumbung untuk tempat letak kereta. Tempat letak keretanya memang dah ada cuma nak tambah bumbung sahaja. Jadi sebelum ini kami hanya submit quotation macam itu sahaja tanpa sebarang lukisan cadangan. Biasanya pihak klien sudah mempunyai lukisan cadangan sendiri.
Sekarang ini kena buat proposed design untuk buat bumbung carpark. Ada beberapa klien yang meminta lukisan ini tapi rasanya pada masa akan datang lukisan ini akan digunasemula untuk tender-tender pada masa yang akan datang.
Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum design bumbung carpark dibuat:
Sekarang ini kena buat proposed design untuk buat bumbung carpark. Ada beberapa klien yang meminta lukisan ini tapi rasanya pada masa akan datang lukisan ini akan digunasemula untuk tender-tender pada masa yang akan datang.
Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum design bumbung carpark dibuat:
- Budget - Kalau budget yang ada itu sedikit, simple la rupa bumbungnya.
- Saiz - Kalau untuk nak letak bas, bukaan dia akan menjadi besar jadi besi yang digunakan akan lebih besar kerana tiangnya yang tinggi. Jadi lebih baik pakai i-beam dari pakai hollow mild steel untuk menjimatkan ruang dan kekuatan yang lebih tinggi.
- Kawasan - Kalau tempat tersebut merupakan kawasan lapang yang mempunyai tiupan angin yang kuat, footing perlu lebih besar bagi memastikan bumbung tersebut tidak roboh. Darjah kecondongan bumbung juga tidak boleh terlalu besar supaya tidak merintang angin.
- Jenis parking lot - Tiang penyokong perlu berada hampir di tengah-tengah untuk memastikan bumbung berada dalam keadaan seimbang. Kalau parking lot itu satu baris sahaja, tiang yang menyokong akan berada betul-betul disebelah pintu kereta dan biasanya akan mengganggu pengguna yang ingin membuka pintu kereta mereka. Berdasarkan pengalaman kami membuat garaj kereta di MARDI, jarak diantara tiang ke tiang perlu ditambah untuk memastikan tiang tidak mengganggu pengguna membuka pintu kereta mereka. Jenis parking lot berdepan seperti di Giant, tiang support akan berada diantara dua parking lot dan tidak mengganggu pengguna untuk membuka pintu kereta mereka. Kalau parking lot berada di hadapan bangunan, cukup sekadar membuat awning dari bangunan tersebut sehingga menutup tempat letak kereta tersebut.
- Kosmetik - Kalau nak cantik-cantik, lagi banyak la besi yang akan digunakan. Kadangkala besi tambahan ini langsung tidak menyumbang untuk memberi kekuatan kepada struktur tersebut malahan membuatkan beban menjadi semakin berat untuk ditampung oleh tiang. Untuk besi yang dilentur (bended), kosnya akan menjadi lebih mahal dari besi yang lurus. Tidak semua tukang besi mempunyai peralatan untuk membengkokan besi.
Di mna ni.klu ssya nak order buat bumbung mna nom cntex
BalasPadam