Kawasan Terakhir Yang Belum Dicat |
Semua kawasan di bangunan MPM ini sudah siap dicat kecuali satu kawasan ni. Bahagian dalam bangunan, pagar, pondok pengawal semuanya sudah siap dicat. Kawasan terakhir ini dibiarkan terlebih dahulu kerana kesukaran untuk mengecat di bahagian ini.
Dinding di belakang bangunan MPM ini jaraknya tidak sampai 6m dari tebing bukit dibelakangnya. Bahagian bawah bangunan ini merupakan bumbung untuk tempat letak kereta di basement bangunan ini. Oleh itu skylift tidak muat untuk memasuki kawasan ini. Bumbung dibahagian atasnya pula tidak mempunyai concrete slab untuk digantungkan gondola.
Satu-satunya cara untuk mengecat bahagian dinding ini adalah dengan menggunakan fixed scaffolding. Scaffolding yang dipasangkan adalah setinggi 5 tingkat dan ia perlu ditanggalkan setiap kali sudah selesai mengecat dan ingin mengecat bahagian tepi dinding yang sudah dicat. Oleh itu, hanya seorang sahaja yang akan berada di atas scaffolding dan satu tiang penyokong yang panjang diikat dari tingkat 3 hingga ke bawah dan dipegang oleh seorang pekerja yang lain untuk memastikan keseimbangan scaffolding itu.
Untuk tujuan keselamatan, hanya satu sahaja scaffolding yang dipasang dan hanya dua pekerja sahaja yang bekerja dikawasan ini. Masa yang agak panjang diperlukan untuk mengecat bahagian ini sahaja. Setelah kawasan ini dicat, maka bangunan ini telah siap dicat sepenuhnya dan inspection akan dibuat oleh pegawai MPM dan pegawai dari ICI Paint.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan