Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kursus. Papar semua catatan

Isnin, 5 November 2012

Kursus Menternak Ikan Keli

Site Manager bersama ikan keli induk
Kami sentiasa cuba untuk memperkembangkan lagi perniagaan kami dengan menceburkan diri di dalam bidang yang baru untuk memperbagaikan lagi divisi di dalam syarikat kami. R&D dibuat bagi mengenalpasti apakah peluang-peluang yang boleh diterokai untuk masa yang akan datang.
Cara memegang ikan keli yang betul
Kepelbagaian divisi syarikat akan memastikan yang syarikat tidak akan bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja. Kami bercadang untuk membuka satu divisi agrikultur dan akuakultur yang akan menguruskan bahagian pertanian dan penternakan. Sebelum ini kami pernah bekerjasama dengan MARDI bagi memajukan tanah pertanian milik kami untuk membuat projek cendawan dan juga cili fertigasi.
Testis ikan keli jantan
Pada 2 November yang lepas sehingga 4 November, Site Manager dan Project Manager telah menghadiri kursus penternakan ikan keli yang dianjurkan oleh RHS Bio Agro. Kursus 3 hari 2 malam ini lengkap dengan penginapan dan makan berserta hands-on praktikal untuk modul-modul yang disediakan. Peserta-peserta juga boleh melihat sendiri proses pembenihan aruhan, menukar air, membuat pelet dan menyaksikan sendiri anak-anak ikan menetas dari telur yang disenyawakan ketika kursus ini berjalan.
Mengeluarkan telur ikan
dari ikan keli betina
Sepanjang kursus ini berjalan, banyak latihan diberikan kepada peserta untuk memastikan yang peserta benar-benar memahami setiap langkah-langkah untuk memelihara ikan keli tersebut. Untuk setiap modul kursus ini, peserta akan dapat melihat sendiri hormon, testis ikan keli jantan, telur yang dihasilkan oleh ikan keli betina, tempat pembiakan anak-anak ikan serta anak-anak ikan (riga) yang telah menetas.
Mencampurkan sperma dan telur ikan
Dari pemerhatian kami, kami mendapati yang kursus ini mengutamakan kos yang minima, kebersihan air dan makanan ikan yang halal. Ini akan menghasilkan ikan yang tidak berbau serta tidak berlemak. Kami berpeluang merasa sendiri ikan-ikan yang diternak dengan mengunakan kaedah ini. Dipenghujung kursus, semua peserta diberikan sijil tamat kursus.
Sijil diberikan setelah pada penghujung kursus

Ahad, 16 Oktober 2011

Kursus Latihan Kemahiran Installer IBS (Light Weight Block Wall Installer)

Telah menghadiri kursus tersebut anjuran MARA dan CIDB dengan pihak pengilang : Mass Composite Technology Sdn Bhd di Kuang, Selangor dari 9hb - 13 Oktober 2011
Di dalam kursus ini kami di dedahkan dengan apakah itu IBS dan secara khusus nye tentang Light Weight Block ....
Blok ini saiz nye lebih besar dari batu-bata biasa iaitu bersaiz 500 x 200 .... berat 9 kg sebiji ... Penyambungan mengunakan simen mortar ketebalan 2-3 mm aje. Kelebihan penggunaan blok ini dapat menjimatkan tenaga buruh dan lebih cepat .....
Sejauh mana applikasi sistem ini? Di Malaysia terdapat juga rumah yg di siapkan 100% menggunakan batu blok ini dan tidak menggunakan sistem tiang iaitu sistem conventional dan ... sistem ini menggunakan sistem dinding yg menahan dan menampung beban ..... Mengikut rekod rumah dibina setinggi 2 tingkat bangalow house .....
Di kursus ini juga kami di beri ujian. Gambar di atas adalah model blok yg perlu disiapkan (1 model berpasangan) perlu di siapkan dalam tempoh masa 6 jam aje ..... wajib siap ujian lah kata kan ... Dan Alhamdulillah cik manje & partner berjaya menyiapkan nye on time ...
Manje rasa kan kursus ini banyak ilmu yg dipelajar. Camne nak bancuh simen, buat mortar, susun batu bata dan nak siapkan satu bangunan bukan sekadar menyusun batu bata aje. Tapi lebih dari itu kerana.... jika tanpa ilmu .... bangunan yg di bina akan sengget, condong .... kecuali lah nak buat bangunan condong ...... sebab itu penting nye ilmu ....
Jadi sebagai kontrator, cik manje sokong sangat kursus seperti ini. Buat rakan2 semua ambil peluang dan pergilah mencari ilmu .....
Manje ingin mengambil kesempatan menggucapkan ribuan terima kasih pada semua yg terlibat, pihak penganjur, pihak memberi budget, rakan2 sepejuangan, roomate dan partner ujian ....
'manje : Buat dulu baru tahu ..... boleh buat ke tidak .... Take the challenge'

Isnin, 31 Januari 2011

Promosi Program Latihan Kemahiran Personel Binaan tajaan CIDB (PERCUMA)

Sukacita dimaklumkan bahawa CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjemput 'saudara-saudari' menyertai kursus-kursus yang di tawarkan bagi Program Latihan Kemahiran Personel Binaan.

Program ini bertujuan memberi peluang latihan serta meningkatkan kemahiran di dalam industri pembinaan. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah PERCUMA dan ditaja SEPENUHNYA oleh pihak CIDB khas untuk Warganegara MALAYSIA sahaja.

Antara khusus yang ditawarkan, BUILDING seperti, bricklaying, plastering, tiling, CRANE OPERATING, PLANT OPERATING backhoe loader operation, WELDING, MECHANICAL & ELECTRICAL dan banyak lagi.

Sebarang pertanyaan, boleh rujuk web site CIDB atau boleh hubungi Cik Shafarinas Sarip di talian 03-40453800 ext 724 atau Puan Norshidah Abd Jalil/Pn Norlela Mat Rani di talian 03-40453800 ext 732. Maklumat ini dikongsi bersama berdasarkan surat yang kami terima (ruj surat dari CIDB : WPKL/BPI/01/2(29). Sebarang perubahan maklumat bergantung kepada pihak CIDB.

Terima kasih

'manje : Bersama2 kita meningkatkan modal insan di Malaysia negara yang dicintai ini'
Related Posts with Thumbnails