Memaparkan catatan dengan label Kerja Menurap. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja Menurap. Papar semua catatan

Rabu, 12 Januari 2011

Samseng Ganggu Kerja Turap Jalan di AU5

Beberapa Samseng yang Datang Mengganggu
Beberapa hari yang lalu, MBSA Sg Buloh telah memberi inden untuk kerja menurap secara mill & pave di AU5 (kawasan Subang Bestari berhampiran dengan Kampung Melayu Subang). Seperti biasa, premix ditempah dari kuari dan persiapan mesin-mesin untuk milling dan menurap dibuat.
Namun demikian ketika jentera-jentera di turunkan di kawasan yang perlu diturap, beberapa samseng-samseng tempatan telah datang dan mendakwa bahawa kawasan tersebut adalah kawasan mereka dan kami perlu membayar 'wang perlindungan' untuk kami membuat kerja di kawasan tersebut. Kami tidak mengendahkan mereka dan terus menurunkan jentera-jentera yang hendak digunakan.
Pada waktu malam ketika kerja-kerja menurap sedang dijalankan, mereka telah datang semula dengan membawa lebih ramai orang dengan bersenjatakan kayu. Samseng-samseng itu telah bertindak merampas kunci jentera-jentera kami bagi menghalang kerja menurap daripada diteruskan.
Kerja dapat diteruskan semula dengan bantuan pihak polis yang membuat rondaan serta memanggil beberapa lagi polis untuk membantu mengawal keadaan. Jutaan terima kasih diucapkan kepada Polis Di-Raja Malaysia yang telah membantu kami untuk menyiapkan kerja-kerja menurap jalan tersebut.

Ahad, 10 Oktober 2010

Mengorek Paip Erong untuk MBSA

Mengorek Parit Dengan Menggunakan 'Back Hoe'
Kerja menurap jalan dengan MBSA dan kali ini di pusat bandaraya Shah Alam di bahagian belakang pejabat pos. Sebelum jalan diturap, kami dikehendaki mengorek parit erong kerana dikawasan ini hujan akan bertakung di jalan raya akibat parit erong yang tidak mencukupi.
Kerja mengorek parit erong perlu dilakukan terlebih dahulu kerana kerja mengorek ini akan merosakkan bahagian tepi jalan dan kerosakan ini akan dibaiki ketika jalan ini diturap nanti.

Sabtu, 24 Julai 2010

Turap Jalan 27/90

Meratakan Permukaan Premix
Sebelum ini jalan-jalan di kawasan Shah Alam ini teruk sangat. Berlubang di sana sini. Kalau tengok sekarang ini, banyak tempat di Shah Alam sudah mula berturap jalannya. Tempat-tempat yang saya sendiri lalu pun rasa jalan itu tak best kini sudah diturap. Hari ini bertambah satu lagi jalan dekat area Shah Alam ini yang sudah pun berturap. Dekat area Taman Bunga Negara, di Jalan Pendamar 27/90 depan kilang bakeri Bakels.
Jalan dia tak teruk sangat, oleh itu MBSA tak minta untuk buat mill & pave. Hanya cakar jalan pakai back hoe, kemudian turap sahaja terus atas layer jalan yang lama. Cuaca pun baik hari ini, tak hujan. Kalau hujan memang tak boleh turap jalan tersebut. Premix kena berada dalam keadaan suhu yang panas untuk berada dalam keadaan peroi. Kalau sejuk dia akan mengeras dan berketul-ketul. Kalau jalan diturap sewaktu hujan nanti jalan ini akan jadi tak smooth. Kerja bermula pukul 9 pagi dan siap pada pukul 2.30 petang. Sekejap sahaja kan? Sebab tempat yang nak diturapnya itu tak ada la banyak mana.

Jumaat, 23 Julai 2010

Premix Jalan MBSA

Marking Jalan Yang Akan Diturap
Dah tempah premix dari YTL Quarry. Esok pagi mereka akan hantar premix. Mula-mula rancangnya nak turap jalan malam ini tapi quarry kata premix ready petang dan hantar malam. Takut apabila premix sampai nanti suhu dia tak cukup panas. Nanti jalan yang diturap tak cukup smooth. Kalau kena reject nanti rugi pula sebab kena sewa case machine, paver dan beli premix semula. Sakit beb! So oleh sebab nak selamat, suruh kuari sediakan pagi esok dan terus hantar premix tersebut.
Related Posts with Thumbnails