Memaparkan catatan dengan label Kerja Pembinaan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kerja Pembinaan. Papar semua catatan

Selasa, 30 Ogos 2011

PLUS : Median Opening

Projek : Propose Pavement Rehabilitationand Associated Works at KM34.00 To KM37.72 along North-South Expressway Central Link, C6
Item : Drainage, Grating and Median Opening
Kerja ini adalah di bawah program 'mentor-mentee' kerjasama dengan main-con dan Plus Highway untuk program kontraktor Kelas F. Terima kasih untuk semua yang terlibat pekerja-pekerja, sub-con supplier-supplier dan maincon - Sungai Lui Infra Sdn. Bhd.
Berikut gambar-gambar yang boleh dikongsi-kongsi :-

Gambar Sebelum

Longkang dari jenis In-Situ

Kerja mengorek lubang menggunakan jentera bow drill (minimum kedalaman 1600mm)

Lubang Yang Telah di Korek

Kerja-kerja levelling Median Opening Post

Kerja levelling Post Median Opening

Kerja-Kerja Konkrete

Kerja-kerja Konkrete

Grating Sebelum di Galvanise

Kerja-kerja Pemasangan Grating

Gambar Selepas : Grating Longkang

Gambar Sesudah


Jumaat, 11 Februari 2011

Gelanggang Futsal UTM Semarak

Pandangan Bahagian Dalam Gelanggang Futsal UTM, KL
Pembinaan gelanggang futsal UTM di kampus Kuala Lumpur telah siap sepenuhnya pada hujung tahun lepas (Disember 2010). Gelanggang futsal separa terbuka berstruktur besi ini dibina lengkap dengan gelanggang, bilik persalinan dan tandas. Dijangkakan gelanggang ini akan digunakan oleh pelajar-pelajar UTM Jalan Semarak pada sesi semester yang akan datang.
Pandangan Sisi Gelanggang Futsal UTM, KL
Pandangan Hadapan Gelanggang Futsal UTM, KL

Rabu, 18 Ogos 2010

Bilik Kakitangan di LRT Pudu

Bahagian Bawah Stesen LRT Pudu
Kerja-kerja pembinaan common office di stesen LRT Pudu yang sebelum ini diberhentikan buat sementara waktu untuk memberi laluan kepada kontraktor M&E untuk membuat kerja-kerja elektrikal dan air-cond telah bersambung semula.
Kerja di sini sudah sampai di peringkat hujung di mana kerja-kerja kemasan akan dimulakan. Kerja finishing yang akan dibuat adalah kerja-kerja mengecat, memasang siling gantung, toilet fittings dan memasang jubin lantai.

Jumaat, 30 Julai 2010

As Build Drawing pt 2

Mengambil Ukuran Tempat Wudhu'
Semalam sibuk sangat dan penat sangat sampai tak sempat nak beri tahu pasal kerja mengukur surau LCCT untuk buat as built drawing. Seperti yang dirancang, Site Manager datang menghulurkan bantuan untuk ukur site. (Thank you very much!) Terasa perbezaan yang ketara apabila tambah seorang lagi untuk ukur site. Memang jadi sangat cepat dan efisyen.
Hari itu ukur perimeter dan pelan lantai sahaja. Kali ini ukur ketinggian, kedalaman sum, perincian lantai, paip, stiffner, sewerage dan segala benda-benda kecil yang boleh diukur. Pendek kata habis semua benda la di surau itu diukur.
So lepas ini arkitek akan balik dan lukis as built drawing untuk surau ini. Kalau tak silap ada 21 lukisan kesemuanya tak termasuk lukisan M&E. Lukisan ini apabila dah siap akan diberi kepada jurutera profesional untuk dicop dan disahkan sebagai selamat untuk digunakan. Selepas itu lukisan yang telah disahkan akan diberi kepada pihak klien (Malaysia Airports Holdings Berhad) dan juga kepada pihak berkuasa tempatan untuk proses mendapatkan CF. Siap satu surau di LCCT!

Selasa, 27 Julai 2010

As Built Drawing Surau LCCT

Mengambil Ukuran Perimeter
Lawak betul la. Selama ini asyik suruh consultant sahaja selesaikan pasal drawing ini. Tak pernah ambil tahu pun. Kali ini 1st time ambil tahu apa benda yang perlu dibuat.
Berdua sahaja dengan Na'iem aka assistant architect ukur semua benda. Ambil perimeter dengan floor plan punya ukuran. Nanti dah lukis layout hari Khamis kena datang balik untuk buat details measurement.
Tapi 2 orang tak cukup la nak ukur dan sketch drawing. Perlukan lagi seorang tolong. Kena import Site Manager tolong khamis ni. Kesian, tak pasal-pasal kena tolong. Padahal dia tengah cuti baru dapat anak sulong. Haha!
Related Posts with Thumbnails