Ahad, 16 Oktober 2011

Kursus Latihan Kemahiran Installer IBS (Light Weight Block Wall Installer)

Telah menghadiri kursus tersebut anjuran MARA dan CIDB dengan pihak pengilang : Mass Composite Technology Sdn Bhd di Kuang, Selangor dari 9hb - 13 Oktober 2011
Di dalam kursus ini kami di dedahkan dengan apakah itu IBS dan secara khusus nye tentang Light Weight Block ....
Blok ini saiz nye lebih besar dari batu-bata biasa iaitu bersaiz 500 x 200 .... berat 9 kg sebiji ... Penyambungan mengunakan simen mortar ketebalan 2-3 mm aje. Kelebihan penggunaan blok ini dapat menjimatkan tenaga buruh dan lebih cepat .....
Sejauh mana applikasi sistem ini? Di Malaysia terdapat juga rumah yg di siapkan 100% menggunakan batu blok ini dan tidak menggunakan sistem tiang iaitu sistem conventional dan ... sistem ini menggunakan sistem dinding yg menahan dan menampung beban ..... Mengikut rekod rumah dibina setinggi 2 tingkat bangalow house .....
Di kursus ini juga kami di beri ujian. Gambar di atas adalah model blok yg perlu disiapkan (1 model berpasangan) perlu di siapkan dalam tempoh masa 6 jam aje ..... wajib siap ujian lah kata kan ... Dan Alhamdulillah cik manje & partner berjaya menyiapkan nye on time ...
Manje rasa kan kursus ini banyak ilmu yg dipelajar. Camne nak bancuh simen, buat mortar, susun batu bata dan nak siapkan satu bangunan bukan sekadar menyusun batu bata aje. Tapi lebih dari itu kerana.... jika tanpa ilmu .... bangunan yg di bina akan sengget, condong .... kecuali lah nak buat bangunan condong ...... sebab itu penting nye ilmu ....
Jadi sebagai kontrator, cik manje sokong sangat kursus seperti ini. Buat rakan2 semua ambil peluang dan pergilah mencari ilmu .....
Manje ingin mengambil kesempatan menggucapkan ribuan terima kasih pada semua yg terlibat, pihak penganjur, pihak memberi budget, rakan2 sepejuangan, roomate dan partner ujian ....
'manje : Buat dulu baru tahu ..... boleh buat ke tidak .... Take the challenge'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails