Isnin, 31 Januari 2011

Promosi Program Latihan Kemahiran Personel Binaan tajaan CIDB (PERCUMA)

Sukacita dimaklumkan bahawa CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjemput 'saudara-saudari' menyertai kursus-kursus yang di tawarkan bagi Program Latihan Kemahiran Personel Binaan.

Program ini bertujuan memberi peluang latihan serta meningkatkan kemahiran di dalam industri pembinaan. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah PERCUMA dan ditaja SEPENUHNYA oleh pihak CIDB khas untuk Warganegara MALAYSIA sahaja.

Antara khusus yang ditawarkan, BUILDING seperti, bricklaying, plastering, tiling, CRANE OPERATING, PLANT OPERATING backhoe loader operation, WELDING, MECHANICAL & ELECTRICAL dan banyak lagi.

Sebarang pertanyaan, boleh rujuk web site CIDB atau boleh hubungi Cik Shafarinas Sarip di talian 03-40453800 ext 724 atau Puan Norshidah Abd Jalil/Pn Norlela Mat Rani di talian 03-40453800 ext 732. Maklumat ini dikongsi bersama berdasarkan surat yang kami terima (ruj surat dari CIDB : WPKL/BPI/01/2(29). Sebarang perubahan maklumat bergantung kepada pihak CIDB.

Terima kasih

'manje : Bersama2 kita meningkatkan modal insan di Malaysia negara yang dicintai ini'

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails