Khamis, 7 April 2011

Malaysia IBS International Exhibition - CIDB


Info : Just atending a seminar in CIDB. "Seminar Khas Kontraktor Bumiputra MIIE 2011. All advice to go there ... beside aseminar there are also a booth of supplier. Interested please refer to attach file. Exhibition/CIDB

Jumaat, 11 Februari 2011

Gelanggang Futsal UTM Semarak

Pandangan Bahagian Dalam Gelanggang Futsal UTM, KL
Pembinaan gelanggang futsal UTM di kampus Kuala Lumpur telah siap sepenuhnya pada hujung tahun lepas (Disember 2010). Gelanggang futsal separa terbuka berstruktur besi ini dibina lengkap dengan gelanggang, bilik persalinan dan tandas. Dijangkakan gelanggang ini akan digunakan oleh pelajar-pelajar UTM Jalan Semarak pada sesi semester yang akan datang.
Pandangan Sisi Gelanggang Futsal UTM, KL
Pandangan Hadapan Gelanggang Futsal UTM, KL

Isnin, 7 Februari 2011

Portal UM secara Online

Adalah dimaklumkan bahawa mulai 3 Januari 2011, semua pembekal/kontraktor yang ingin menyertai pelawaan sebutharga/tender di Universiti Malaya adalah dikehendaki mendaftar dengan pihak Universiti secara online melalui Portal Pendaftaran Pembekal/Kontraktor

Boleh Rujuk :

Bahagian Perolehan Universiti Malaya.
Aras 3, Blok C,
Bangunan Institut Pengajian Siswazah (IPS)
Universiti Malaya.

Sebarang berubahan maklumat merujuk kepada portal UM

Isnin, 31 Januari 2011

SME Factors : Kemudahan Pinjaman Sistem Pemfaktoran

Baru-baru ini kami telah dikunjungi dengan wakil sebuah syarikat pembiayaan pinjaman sistem pemfaktoran iaitu SME Factors Sdn Bhd.

Sistem pemfaktoran berguna untuk syarikat mengekalkan modal pusing semasa projek dijalankan. LO yang sudah dapat boleh difaktorkan pada SME Factors dan aliran tunai akan diberi.

Jika berminat, sila rujuk website SME Factors Sdn Bhd. Atau hubungi wakil yang telah menemui kami iaitu Cik Suraya hp : 012-6149945.

Maklumat diberi berdasarkan penerangan yang telah diberi. Sebarang pindaan maklumat bergantung pada pihak SME factors Sdn Bhd.

Terima Kasih

'manje : Kongsi2 maklumat ... benda baik x baik simpan sorang2'

Promosi Program Latihan Kemahiran Personel Binaan tajaan CIDB (PERCUMA)

Sukacita dimaklumkan bahawa CIDB Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur menjemput 'saudara-saudari' menyertai kursus-kursus yang di tawarkan bagi Program Latihan Kemahiran Personel Binaan.

Program ini bertujuan memberi peluang latihan serta meningkatkan kemahiran di dalam industri pembinaan. Kursus-kursus yang ditawarkan adalah PERCUMA dan ditaja SEPENUHNYA oleh pihak CIDB khas untuk Warganegara MALAYSIA sahaja.

Antara khusus yang ditawarkan, BUILDING seperti, bricklaying, plastering, tiling, CRANE OPERATING, PLANT OPERATING backhoe loader operation, WELDING, MECHANICAL & ELECTRICAL dan banyak lagi.

Sebarang pertanyaan, boleh rujuk web site CIDB atau boleh hubungi Cik Shafarinas Sarip di talian 03-40453800 ext 724 atau Puan Norshidah Abd Jalil/Pn Norlela Mat Rani di talian 03-40453800 ext 732. Maklumat ini dikongsi bersama berdasarkan surat yang kami terima (ruj surat dari CIDB : WPKL/BPI/01/2(29). Sebarang perubahan maklumat bergantung kepada pihak CIDB.

Terima kasih

'manje : Bersama2 kita meningkatkan modal insan di Malaysia negara yang dicintai ini'
Related Posts with Thumbnails