Jumaat, 6 Ogos 2010

Cat Anti-Rust untuk Logi SIRIM

Mengecat Cat Undercoat Anti-Rust
Kerja-kerja grinding sudah hampir selesai dan untuk memastikan besi-besi ini tidak akan kembali berkarat, cat anti-rust disalut kepada permukaan besi tersebut. Kerja-kerja mengecat undercoat ini dijangka akan siap pada hari esok. Namun cat finishing coat tidak akan disapu serta merta kerana chequered plate yang baru masih lagi belum dipasang. Ini kerana kerja-kerja memasang chequered plate akan melibatkan kerja welding dan akan merosakkan cat finishing sekiranya sudah disapu.
Chequered plate yang sudah dibeli bagi menggantikan chequered plate yang sedia ada dibawa kepada fabricator untuk dipotong dan dibengkokkan. Ini adalah untuk menjimatkan masa kerana sekiranya besi dipotong di site, masa yang lebih banyak diperlukan kerana mesin pemotong besi di site adalah lebih kecil dengan perkakasan lain yang serba kekurangan. Di tempat kilang fabricator, mesin-mesin besar serta peralatan yang mencukupi akan memastikan kerja-kerja memotong dan membengkokan besi akan berjalan lancar.

Khamis, 5 Ogos 2010

Stok Cat Yang Terakhir Untuk MPM

Mengecat di Sekeliling Logo Bangunan MPM
Hari ini merupakan hari terakhir order stok cat untuk kerja di MPM kerana cat sudah mencukupi. Kerja menampal lubang dengan sealer pun sudah selesai. Tinggal mengecat finishing coat sahaja.
Nasib baik betul kerana cuaca sangat baik dan tidak mengganggu progress kerja mengecat di sini. Stok cat yang terakhir akan sampai hari Isnin ini. Berdasarkan kemajuan kerja sehingga ke hari ini, kebarangkalian besar kerja ini akan selesai pada pertengahan bulan ini. Yay!

Rabu, 4 Ogos 2010

Testimonial Dalam The Star

Masa tengah surf internet tiba-tiba rasa jari ini gatal nak search 'Said Hj Rejab Sdn Bhd' dekat website Yahoo. Sekali tengok result yang atas sekali adalah laman web The Star Online cerita pasal kerja di Jalan SS 24/17, Taman Megah. Dekat pejabat ada simpan lagi keratan akhbar cerita pasal kerja ini. Kalau nak tahu, Pn Mas aka Managing Director yang dua dari kiri pakai baju oren. Haha!
Di Taman Megah tersebut, Mastika Enterprise Sdn Bhd membuat kerja menaiktaraf taman rekreasi untuk Majlis Perbandaran Petaling Jaya (sekarang sudah menjadi MBPJ). Kerja tersebut bermula pada 29 Mei, 2007 dan siap pada 12 Julai, 2007. Klik sini untuk melawat laman web The Star Online dan membaca artikel tentang kerja tersebut. Gambar diambil dari website The Star Online.

Selasa, 3 Ogos 2010

Reka dan Bina Bumbung Tempat Letak Kereta

Bumbung Carpark di MARDI Yang Telah Disiapkan
Kebelakangan ini banyak tempat nak buat bumbung untuk tempat letak kereta. Tempat letak keretanya memang dah ada cuma nak tambah bumbung sahaja. Jadi sebelum ini kami hanya submit quotation macam itu sahaja tanpa sebarang lukisan cadangan. Biasanya pihak klien sudah mempunyai lukisan cadangan sendiri.
Sekarang ini kena buat proposed design untuk buat bumbung carpark. Ada beberapa klien yang meminta lukisan ini tapi rasanya pada masa akan datang lukisan ini akan digunasemula untuk tender-tender pada masa yang akan datang.
Ada beberapa perkara yang perlu diambil perhatian sebelum design bumbung carpark dibuat:

  1. Budget - Kalau budget yang ada itu sedikit, simple la rupa bumbungnya.
  2. Saiz - Kalau untuk nak letak bas, bukaan dia akan menjadi besar jadi besi yang digunakan akan lebih besar kerana tiangnya yang tinggi. Jadi lebih baik pakai i-beam dari pakai hollow mild steel untuk menjimatkan ruang dan kekuatan yang lebih tinggi.
  3. Kawasan - Kalau tempat tersebut merupakan kawasan lapang yang mempunyai tiupan angin yang kuat, footing perlu lebih besar bagi memastikan bumbung tersebut tidak roboh. Darjah kecondongan bumbung juga tidak boleh terlalu besar supaya tidak merintang angin.
  4. Jenis parking lot - Tiang penyokong perlu berada hampir di tengah-tengah untuk memastikan bumbung berada dalam keadaan seimbang. Kalau parking lot itu satu baris sahaja, tiang yang menyokong akan berada betul-betul disebelah pintu kereta dan biasanya akan mengganggu pengguna yang ingin membuka pintu kereta mereka. Berdasarkan pengalaman kami membuat garaj kereta di MARDI, jarak diantara tiang ke tiang perlu ditambah untuk memastikan tiang tidak mengganggu pengguna membuka pintu kereta mereka. Jenis parking lot berdepan seperti di Giant, tiang support akan berada diantara dua parking lot dan tidak mengganggu pengguna untuk membuka pintu kereta mereka. Kalau parking lot berada di hadapan bangunan, cukup sekadar membuat awning dari bangunan tersebut sehingga menutup tempat letak kereta tersebut.
  5. Kosmetik - Kalau nak cantik-cantik, lagi banyak la besi yang akan digunakan. Kadangkala besi tambahan ini langsung tidak menyumbang untuk memberi kekuatan kepada struktur tersebut malahan membuatkan beban menjadi semakin berat untuk ditampung oleh tiang. Untuk besi yang dilentur (bended), kosnya akan menjadi lebih mahal dari besi yang lurus. Tidak semua tukang besi mempunyai peralatan untuk membengkokan besi.

Isnin, 2 Ogos 2010

Pengesahan Sample Besi oleh SIRIM

Lantai Chequered Plate Yang Sudah Berkarat Dan Rapuh
Sample besi dah approved. Boleh proceed beli dari kilang besi dan fabricate. Chequered plate kena beli yang kecil supaya boleh angkat naik ke atas. Harga dia sama tapi banyak la benda yang nak kena welding.
Design awning pon dah approve tapi SIRIM minta shop drawing yang dilukis pakai Microsoft Visio. Work Programme kena revise balik sebab kena consider bulan puasa dan hari raya yang bakal menjelang. Dah nak puasa dah rupanya. Laju betul masa berjalan.
Related Posts with Thumbnails