Isnin, 31 Disember 2012

Meja Tempahan Khas Menggunakan Kayu Terpakai

Kayu Terpakai yang Digunakan
Kami mendapat tempahan khas untuk membuat satu unit meja yang diperbuat dari kayu terpakai untuk Brainstorm Technologies Sdn Bhd. Kaki meja ini pula diperbuat dari batu-bata merah yang dibiarkan kelihatan (exposed). Kayu yang digunakan adalah kayu pelapik tilam yang dipilih sendiri oleh pemilik meja tersebut.
Jaring Exmat
Batu-bata yang akan digunakan ini telah diletakkan didalam pasir dan dijemur matahari serta dikenakan hujan selama beberapa hari bagi menjadikan batu-bata tersebut kelihatan telah terpakai.
Kaki Meja yang Telah Siap
Batu-bata ini disusun dengan bentuk 'ikat sembilan' dan satu jaringan exmat diletakkan diantara lapisan batu-bata tersebut untuk menguatkan ikatan simen kerana simen itu tidak menyaluti batu-bata itu sepenuhnya. Kebiasaanya, facing block digunakan bagi dinding yang dibina dengan konsep batu-bata yang kelihatan tetapi pemilik meja mahukan meja berkonsepkan industrial look, sebab itulah batu-bata merah biasa yang digunakan pada kaki meja ini.
Kayu Digosok dengan Kertas Pasir
Kayu pelapik tilam ini tidak diketam bagi mengekalkan rupa kayu terpakai. Ia telah digosok dengan kertas pasir bagi membuang selumbar dan melicinkan permukaan kayu tersebut.
Kayu Bingkai Pintu Lama
Kayu penyokong utama meja ini adalah kayu bingkai pintu lama yang tebalnya satu inci setengah. Kayu ini digunakan kerana kayu lama biasanya diperbuat dari kayu berkualiti tinggi dan kayu ini tidak dimakan oleh anai-anai.
Menyusun Kayu Pelapik Tilam
Kayu pelapik tilam yang telah digosok tadi disusun dan diselang-selikan supaya kelihatan cantik. Ia juga adalah untuk memastikan yang lebar dan tebal kayu itu sekata serta jumlah kayu yang digunakan mencukupi dengan meminimakan panjang kayu yang dipotong dan dibuang.
Bahagian Tepi Meja
Bahagian tepi kayu itu telah ditutup dengan papan skirting supaya meja itu kelihatan kemas.
Meluruskan Kaki Meja
Setelah kaki meja yang diperbuat dari batu-bata tadi itu kering, ia telah ditolak dan diluruskan. Benang telah digunakan untuk memastikan meja kaki meja tersebut lurus.
Meja yang Telah Disambungkan
Bahagian kayu dan batu-bata telah disambungkan dengan paku sepanjang dua inci ditanam pada permukaan simen yang masih basah. Paku-paku ini dipaku secara menyerong dipermukaan bawah kayu meja tersebut. Apabila simen itu mengeras, paku-paku yang serong ini akan memegang kaki meja tersebut dengan kuat.
Meja yang Sedang Disyelek
Akhir sekali, permukaan kayu itu disyelek dengan syelek kayu berwarna hitam supaya tona kayu kelihatan sekata. Ikuran meja yang telah siap ini adalah panjang tujuh kaki, lebar satu kaki setengah dan tingginya tiga kaki setengah.
Meja Tempahan Khas Menggunakan Kayu Terpakai yang Telah Siap

Isnin, 5 November 2012

Kursus Menternak Ikan Keli

Site Manager bersama ikan keli induk
Kami sentiasa cuba untuk memperkembangkan lagi perniagaan kami dengan menceburkan diri di dalam bidang yang baru untuk memperbagaikan lagi divisi di dalam syarikat kami. R&D dibuat bagi mengenalpasti apakah peluang-peluang yang boleh diterokai untuk masa yang akan datang.
Cara memegang ikan keli yang betul
Kepelbagaian divisi syarikat akan memastikan yang syarikat tidak akan bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja. Kami bercadang untuk membuka satu divisi agrikultur dan akuakultur yang akan menguruskan bahagian pertanian dan penternakan. Sebelum ini kami pernah bekerjasama dengan MARDI bagi memajukan tanah pertanian milik kami untuk membuat projek cendawan dan juga cili fertigasi.
Testis ikan keli jantan
Pada 2 November yang lepas sehingga 4 November, Site Manager dan Project Manager telah menghadiri kursus penternakan ikan keli yang dianjurkan oleh RHS Bio Agro. Kursus 3 hari 2 malam ini lengkap dengan penginapan dan makan berserta hands-on praktikal untuk modul-modul yang disediakan. Peserta-peserta juga boleh melihat sendiri proses pembenihan aruhan, menukar air, membuat pelet dan menyaksikan sendiri anak-anak ikan menetas dari telur yang disenyawakan ketika kursus ini berjalan.
Mengeluarkan telur ikan
dari ikan keli betina
Sepanjang kursus ini berjalan, banyak latihan diberikan kepada peserta untuk memastikan yang peserta benar-benar memahami setiap langkah-langkah untuk memelihara ikan keli tersebut. Untuk setiap modul kursus ini, peserta akan dapat melihat sendiri hormon, testis ikan keli jantan, telur yang dihasilkan oleh ikan keli betina, tempat pembiakan anak-anak ikan serta anak-anak ikan (riga) yang telah menetas.
Mencampurkan sperma dan telur ikan
Dari pemerhatian kami, kami mendapati yang kursus ini mengutamakan kos yang minima, kebersihan air dan makanan ikan yang halal. Ini akan menghasilkan ikan yang tidak berbau serta tidak berlemak. Kami berpeluang merasa sendiri ikan-ikan yang diternak dengan mengunakan kaedah ini. Dipenghujung kursus, semua peserta diberikan sijil tamat kursus.
Sijil diberikan setelah pada penghujung kursus

Ahad, 16 Oktober 2011

Kursus Latihan Kemahiran Installer IBS (Light Weight Block Wall Installer)

Telah menghadiri kursus tersebut anjuran MARA dan CIDB dengan pihak pengilang : Mass Composite Technology Sdn Bhd di Kuang, Selangor dari 9hb - 13 Oktober 2011
Di dalam kursus ini kami di dedahkan dengan apakah itu IBS dan secara khusus nye tentang Light Weight Block ....
Blok ini saiz nye lebih besar dari batu-bata biasa iaitu bersaiz 500 x 200 .... berat 9 kg sebiji ... Penyambungan mengunakan simen mortar ketebalan 2-3 mm aje. Kelebihan penggunaan blok ini dapat menjimatkan tenaga buruh dan lebih cepat .....
Sejauh mana applikasi sistem ini? Di Malaysia terdapat juga rumah yg di siapkan 100% menggunakan batu blok ini dan tidak menggunakan sistem tiang iaitu sistem conventional dan ... sistem ini menggunakan sistem dinding yg menahan dan menampung beban ..... Mengikut rekod rumah dibina setinggi 2 tingkat bangalow house .....
Di kursus ini juga kami di beri ujian. Gambar di atas adalah model blok yg perlu disiapkan (1 model berpasangan) perlu di siapkan dalam tempoh masa 6 jam aje ..... wajib siap ujian lah kata kan ... Dan Alhamdulillah cik manje & partner berjaya menyiapkan nye on time ...
Manje rasa kan kursus ini banyak ilmu yg dipelajar. Camne nak bancuh simen, buat mortar, susun batu bata dan nak siapkan satu bangunan bukan sekadar menyusun batu bata aje. Tapi lebih dari itu kerana.... jika tanpa ilmu .... bangunan yg di bina akan sengget, condong .... kecuali lah nak buat bangunan condong ...... sebab itu penting nye ilmu ....
Jadi sebagai kontrator, cik manje sokong sangat kursus seperti ini. Buat rakan2 semua ambil peluang dan pergilah mencari ilmu .....
Manje ingin mengambil kesempatan menggucapkan ribuan terima kasih pada semua yg terlibat, pihak penganjur, pihak memberi budget, rakan2 sepejuangan, roomate dan partner ujian ....
'manje : Buat dulu baru tahu ..... boleh buat ke tidak .... Take the challenge'

Rabu, 31 Ogos 2011

Pebble Wash : Cam ne nak buat lapisan pebblewash?

Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan di dalam membuat lapisan pebble wash.
Sila rujuk gambar-gambar di bawah ini.





Simen


Air

Batuan pebblewash. Pebblewash ada berbagai-bagai saiz dan warna. Terpulang lah pilihan anda yang mana. Tapi di dalam gambar ini warna nye putih. Bersaiz halus.
Seterusnya, cara-cara membuat nye :

Batu pebblewash di campur dengan simen dan air. Dikacau ... agak2 tidak terlalu keras dan tidak berair sangat. Pastikan simen dia cukup sebagai gam pada pebblewash tadi. Kalau pebblewash kurang pun x cantik gak ....so, agak2 le ye ......

Ini adalah rupa kekotak asal. Yang perlu dibuat pebblewash.

Ramuan yang siap dibancuh itu disapukan sekeling kekotak tadi.

Ramuan atau bancuhan simen dan pebblewash itu di sapu di sekeliling kotak tersebut. Selesaikan di sekeliling dan menyerupai kotak tadi.

Ini adalah lapisan batuan pebblewash yang berlapisan dengan simen yang siap di bentuk melapisi kekotak. Biarkan agak kering tapi jgn terlalu kering.... dalam setengah jam ke .... ok gak ....

Seterusnye, gunakan berus lembut dan air mengikis lapisan simen yang melekat pada batuan pebble ...

Teruskan kerja memberus sehingga butiran pebblewash lebih kelihatan dan simen yang melekat terkeluar.

Ini adalah produk akhir 'kotak berpebblewash' bersama signage 'ph POOL' di Lokasi kondominium Arahill di Ara Damansara (kerja : SIME DARBY)

Produk Akhir : Batuan pebble wash yang telah kering.
Last sekali, pebblewash yang telah kering akan divarnis guna 'clear varnish' ... Maaf x de gambar ... bagi tahu aje .....
Begitu lah ... lebih kurang cara-cara membuat pebblewash. Dari segi kecantikan atau workmanship tentu lah kalau kerap buat tentu lah lebih cantik dan kalau dah biasa buat tentu lebih cepat ......Selamat mencuba .....

PLUS : Jacking Up Guardrail

PROJEK : PROPOSED PAVEMENT REHABILITATION AND ASSOCIATED WORKS AT KM34.00 TO KM37.72 (SB) ALONG NORTH-SOUTH EXPRESSWAY CENTRAL LINK, C6

ITEM : JACKING UP GUARDRAIL






Hydralic Jacking Up Lori 32 Ton di gunakan Untuk Menaikkan Guardrail


Tiang Guardrail Terangkat


Cara menunjukkan mengukur paras guardrail dari paras tanah menggunakan penimbang air



Tiang Yang Di Konkrete kan

Related Posts with Thumbnails