|
Site Manager bersama ikan keli induk |
Kami sentiasa cuba untuk memperkembangkan lagi perniagaan kami dengan menceburkan diri di dalam bidang yang baru untuk memperbagaikan lagi divisi di dalam syarikat kami. R&D dibuat bagi mengenalpasti apakah peluang-peluang yang boleh diterokai untuk masa yang akan datang.
|
Cara memegang ikan keli yang betul |
Kepelbagaian divisi syarikat akan memastikan yang syarikat tidak akan bergantung kepada satu punca pendapatan sahaja. Kami bercadang untuk membuka satu divisi agrikultur dan akuakultur yang akan menguruskan bahagian pertanian dan penternakan. Sebelum ini kami pernah bekerjasama dengan MARDI bagi memajukan tanah pertanian milik kami untuk membuat projek cendawan dan juga cili fertigasi.
|
Testis ikan keli jantan |
Pada 2 November yang lepas sehingga 4 November, Site Manager dan Project Manager telah menghadiri kursus penternakan ikan keli yang dianjurkan oleh
RHS Bio Agro. Kursus 3 hari 2 malam ini lengkap dengan penginapan dan makan berserta
hands-on praktikal untuk modul-modul yang disediakan. Peserta-peserta juga boleh melihat sendiri proses pembenihan aruhan, menukar air, membuat pelet dan menyaksikan sendiri anak-anak ikan menetas dari telur yang disenyawakan ketika kursus ini berjalan.
|
Mengeluarkan telur ikan
dari ikan keli betina |
Sepanjang kursus ini berjalan, banyak latihan diberikan kepada peserta untuk memastikan yang peserta benar-benar memahami setiap langkah-langkah untuk memelihara ikan keli tersebut. Untuk setiap modul kursus ini, peserta akan dapat melihat sendiri hormon, testis ikan keli jantan, telur yang dihasilkan oleh ikan keli betina, tempat pembiakan anak-anak ikan serta anak-anak ikan (riga) yang telah menetas.
|
Mencampurkan sperma dan telur ikan |
Dari pemerhatian kami, kami mendapati yang kursus ini mengutamakan kos yang minima, kebersihan air dan makanan ikan yang halal. Ini akan menghasilkan ikan yang tidak berbau serta tidak berlemak. Kami berpeluang merasa sendiri ikan-ikan yang diternak dengan mengunakan kaedah ini. Dipenghujung kursus, semua peserta diberikan sijil tamat kursus.
|
Sijil diberikan setelah pada penghujung kursus |